Sunday, 15 March 2015

            
          ASSALAMUALAIKUM W.B.T    
                       

Dear Heart , 
You have to be tough . Don't show your weakness . Hanis , i'm know that your are the tough girl . You can take care of your heart and i'm know that you are not weak like what i'm see now . 
La tahzan , innallahamaana .



ISNIN , 16 MAC 2015 
Detik demi detik kusesali . Langkah ku kini penuh dengan pancaroba . Kini , baru kusedari apa itu dunia , apa itu kehidupan . Tiada yang dapat ku ungkapkan lagi selain menghadapnya dengan rela dan pasrah . Walau satu pilihan yang ku tetapkan , pasti masih ada lagi penyesalan yang membuat ku belajar dari kesilapanku . Kini jua aku mengerti bahawa betapa pentingnya satu peluang yang ada di depan mata . Aku tahu , apa yang aku siakan ini adalah pengajaran buatku dan yang lain .

Rakan , 
jangan pernah kau katakan peluang kedua itu masih kabur . Jangan kau katakan juga peluang kedua itu masih ada andai peluang pertama kau buang begitu sahaja . Seperti aku .. ya , seperti aku ., sepanjang 3 bulan menghadapi pelbagai dugaan . Aku yakin semua itu bagi menduga imanku , namun aku kalah .. kalah dengan cabaranNya . Aku buang dan tinggalkan satu peluang yang ada di depan mataku . Aku seolah olah tidak nampak apa itu penyesalan ... apa itu peluang .. lantas , aku sendiri yang menanggung sesalan yang tak mungkin akan kembali dengan peluang kedua setelah aku siakan .. 

Hati , 
Jangan kau ikutkannya .. binasa lah kau jika kau mengikutinya , malah gunalah akalmu .. untuk kau fikirkan ape yang akaan kau hadapi di masa akan datang . Pengajaran buat diriku juga , tidak memikirkan apa yang terbaik buat diriku . apa yang aku lakukan hanya terburu buru dan tak pernah fikirkan orang di sekeliling . Sekarang hanya penyesalan yang menyapa diri .

Bait2 langkahku aku harapkan satu kejayaan . Aku tak bioleh berdiam begini . Aku perlu lakukan sesuatu . Aku tahu aku dah silap , bangun hanis .. bangun .. jadikan teladan untuk masa depan kau . kau kene yakin yang allah sedang menguji hambanya . 

Hanis ,...
Kau kata kau nak jadi macam prof Muhaya kan . aku yakin ini semua cabaran dan dugaan untuk kau kecapi impian kau . 
bersyukurlah sayang , kerna kau dikurniakan keluarga yang selalu menyokong kehendak kau . 
bersukurlah sayang , kerna umi ayah sentiasa beri kau semangat .. 
mereka sentiasa di sisi kau ..
rakan kau .. sentiasa menyokong kau walau tanpa kau sedari .



Hanis , 
tiap titisan air matamu itu adalah air mata taubat . Berharaplah pada yang satu , kerna Dia sahaja yang mampu mendengar rintihan hatimu .. Dia sentiasa faham hati kau , hanis ..
Kau kene kuat dengan takdir ini .. 

Betulkan niat kau hanis .. tenangkan fikiran .. sentiasa istiqomah dalam amalan kau .. 

Aku tahu , untuk menjadi seorang yang biasa memang senang tapi untuk menjadi seorang yang luar biase tak ramai yang dapat kecapi .. Kau perlu kecapi itu , buktikan yang kau pun boleh lakukan ..
Doa umi dan ayah sentiasa mengiringi kejayaan kau hanis ..

WALAU RENTETAN HIDUPMU PENUH KEPAHITAN , 
PERCAYALAH ..
PENGAKHIRANNYA PASTISUATU KEMANISAN ..
YANG TAK MUNGKIN KAU SEDARI ..


the secret of successful is stop wishing and start doing 


Inilah aku yang penuh dengan kelemahan . masih mahu memperbaiki diri .. insya allah 
bukan mudah untuk berdakwah .

HANYA SEKADAR PERKONGSIAN DARI SEKECIL KECIL HATI

                                              ~Di hati ini hanya tuhan yang tahu~